.. Malam Pertama ..

Apabila menyebut malam pertama,
pasti semua  orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan
dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada

tara

!
Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah
bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu,
beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang,
sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih
bujang
, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang otak ini
ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah
menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

 

Tetapi, pernahkah terbayang
dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam
pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

 

 Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM
KUBUR

 

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk
orang-orang selain darimu?

 

Bukankah telah silih berganti
engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu
diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

 

 

Apakah Malam Pertama Kita di Alam
Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”
 

Wahai anak Adam, apa yang telah
engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau
tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para
ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang
bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua
persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

 

“Suatu hari pasti engkau akan
tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah
untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di

sana

?”

 

Hari ini kita berada di dunia
yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang
diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan
dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi
pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam
gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita
lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan
bantalnya juga tanah.

 

Pada saat kita mula membuka mata
di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik
raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan
ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI
ALAM KUBUR
!

 

Last Breath..

Di
dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut,
adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya.
Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia
menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya
membaca ayat:

 

“Ya Rabbku, kembalikanlah aku
semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah
kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

 

Kemudian ia menjawab sendiri;
“Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal
tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam
keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

 

Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai
saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di
dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya
di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut
kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

 

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para
penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di
dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

 

Leave a Reply